Quote-of-The-Day

Winning is Not Everything but The Effort to Win is

Monday, July 5, 2010

Struktur Bateri



Bateri ialah pembekal arus untuk kendalian sistem elektrik kenderaan motor. Ia juga membekal arus semasa penjana tidak mengeluarkan arus yang mencukupi. Terdapat dia jenis plat iaitu plat positif dan plat negatif. Plat-plat ini diasingkan dengan pemisah bagi membentuk elemen (pada rajah di atas). Pemisah berfungsi untuk memisahkan plat-plat supaya tidak bersentuhan.Ia berliang bagi membenarkan bendalir elektrolit mengelilingi plat. Elemen dimuatkan ke dalam sarung sel kotak bateri dan ditutup dengan tudung supaya kedap disekelilingnya. Tamatan dibina melalui tudung untuk diikat dalam kumpulan plat positif dan negatif didudukan bersebelahan dan disambungkan dengan pengikat. Tiap-tiap tudung mempunyai liang yang berpalam untuk menambah air suling. Dua terminal ditonjolkan keluar melalui tudung dan ditandakan dengan punca (+) untuk pengenalan positif, sementara tamatan negatif ditandakan dengan (-).

No comments:

Post a Comment

 
LawnyDesignz Powered by Blogger