Quote-of-The-Day

Winning is Not Everything but The Effort to Win is

Monday, July 5, 2010



Terima kasih kepada semua staff-staff AVA dan SPD CIAST yang terlibat dalam menjayakan blog ini... dan untuk kawan-kawan pedagogi siri 3/2010, kalian semua sentiasa dihati. *wink*

Slide bateri storan



Ini adalah slide powerpoint tentang bateri,anda boleh klik pada slide tersebut untuk mendapat maklumat ringkas penerangan tersebut.

Struktur Bateri



Bateri ialah pembekal arus untuk kendalian sistem elektrik kenderaan motor. Ia juga membekal arus semasa penjana tidak mengeluarkan arus yang mencukupi. Terdapat dia jenis plat iaitu plat positif dan plat negatif. Plat-plat ini diasingkan dengan pemisah bagi membentuk elemen (pada rajah di atas). Pemisah berfungsi untuk memisahkan plat-plat supaya tidak bersentuhan.Ia berliang bagi membenarkan bendalir elektrolit mengelilingi plat. Elemen dimuatkan ke dalam sarung sel kotak bateri dan ditutup dengan tudung supaya kedap disekelilingnya. Tamatan dibina melalui tudung untuk diikat dalam kumpulan plat positif dan negatif didudukan bersebelahan dan disambungkan dengan pengikat. Tiap-tiap tudung mempunyai liang yang berpalam untuk menambah air suling. Dua terminal ditonjolkan keluar melalui tudung dan ditandakan dengan punca (+) untuk pengenalan positif, sementara tamatan negatif ditandakan dengan (-).

Pengenalan Angkup Vernier



vernier5.gif (670�285)<-----click here

Satu alat mengukur jitu yang mempunyai ketepatan 1/1000" atau 1/100 mm. Angkup Vernier terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bingkai berbentuk L dengan rahang boleh gerak dan satu bingkai yang mengandungi batang dengan rahang tetap (jaw). Batang mempunyai skala utama dalam inci(imperial scale) dan metrik (metric scale). Rahang boleh gerak mengelangsar di sepanjang batang. Bacaan boleh dikunci ke batang oleh satu skru pengapit (locking screw).Rahang luar ( External jaw) boleh mengukur garisan diameter bulatan, ketebalan dan panjang benda kerja. Rahang dalam (external jaw) boleh mengukur jarak, garis pusat gerek dan lubang, manakala bilah kedalaman (depth measuring blade) boleh mengukur kedalaman sesuatu lubang.

Pengenalan Mikrometer


microm1.gif (663�320)<----click here

Mikrometer ialah satu alatan yang jitu digunakan untuk mengukur. Terdapat dua jenis bacaan mikrometer iaitu dalam inci dan milimeter. Mikrometer mempunyai bingkai (frame), sarung (sleeve), pengumpar (spindle), dan andas (anvil)dan jidal (thimbel) Jarak di antara andas dan pengumpar boleh dikecilkan atau dibesarkan dengan memusing jidal. Nat pengunci (lock nut) digunakan untuk mengunci pengumpar supaya tidak bergerak. Satu gear sehala (rachet) digunakan untuk memberhentikan pengumpar dalam sentuhan sebenar.
 
LawnyDesignz Powered by Blogger